5 May 2012

Perjumpaan kedua di Shah Alam


PERTEMUAN DI SHAH ALAM
Cipta Sejarah Sayong Lembah Grup (FB)
15 APRIL 2012


  15 April 2012 adalah tarikh yang akan menjadi sejarah kepada pemegang akaun 'Sayong Lembah Grup' di Facebook. Sayong Lembah Grup dicetuskan oleh 6 orang anak muda yang berwibawa dan grup itu telah hidup dan berkembang dan terus menghubungkan semua generasi Sayong Lembah termasuk 20 orang yang hadir dalam pertemuan di Shah Alam dari jumlah 223 orang ahli SLG ketika itu.

    Pertemuan di Shah Alam itu diatur oleh 6 orang yang bersembang santai di Prima Seri Gombak pada 8 April 2012 dan dari idea dan usaha yang sungguh-sungguh, akhirnya terhimpunlah jumlah itu walaupun hanya peratusan kecil sahaja tetapi sudah memadai untuk dijadi pemangkin kepada suatu usaha yang lebih besar suatu masa nanti.
    Pertemuan itu telah mencetuskan satu fenomena dimana walau semua yang datang dari satu kampung tetapi ada yang tak kenal antara satu sama lain... ada yang dah lupa walaupun di kampung dulu berjiran tetangga dan ada juga yang tak tahu mereka sebenarnya bersaudara... itulah keadaannya bila dah lama tak jumpa. Dan keadaan ini menyedarkan kami betapa perlu sebuah organisasi yang dapat menyatukan anak-anak jati kampung yang tercinta..... Kampung Sayong Lembah.

   Dari bual bicara yang diutarakan maka semua yang hadir bersetuju untuk ditubuhkan sebuah organisasi sokongan yang akan terus menerus menyatukan semua anak jati SL disemua peringkat samaada ada yang masih ada di kampung atau anak rantau SL. Dalam pertemuan itu juga satu deklarasi dipersetujui bersama iatu:
      1.   Mengukuhkan ukhuwah, permuafakatan dan kebajikan Anak-anak Jati Sayong Lembah Kuala Kangsar diseluruh Malaysia termasuk ada di kampung.
     2.  Mewujudkan kesedaran dan semangat kekitaan terhadap kampung tercinta walau dimana pun mereka  berada dan menubuhkan sebuah tabung pembangunan kampung.
        3.  Mewujudkan platform (landasan) bagi kesniambungan perjuangan dan rasa kekitaan yang dilakukan    oleh generasi masakini untuk generasi anak cucu kita.

     Diakhir pertemuan sebuah Jawatankuasa Penaja telah ditubuhkan dengan di pengerusikan oleh Kamal Ariffin Kamaruzzaman dan Naib Pengerusinya pula ialah Mohd Khair Buyong. (Lihat Jawatankuasa)














No comments:

Post a Comment