5 May 2012

promosi



SANTAI MESRA
Santai Mesra adalah perjumpaan susulan yang telah diputuskan dalam pertemuan di Shah Alam pada 15 April lalu. Santai Mesra diharapkan akan dapat menghimpunkan lebih ramai lagi Anak Jati Sayong Lembah selain dari Jawatankuasa Penaja yang telah dibentuk.

Pertemuan yang diadakan dirumah Saudara Ahmad Zaini di Taman Desa Indah dan dibiayai sepenuhnya oleh beliau sendiri. Juga akan diadakan Mesyuarat Jawatankuasa dan sembang santai dengan semua hadirin yang datang.
Diantara fokus perbincangan adalah program atau aktiviti jangkapendek dan jangkapanjang termasuklah Mesyuarat Agung Penubuhan dan Perjumpaan Hariraya yang akan diadakan di kampung pada hari lebaran nanti. Sementara itu bagi mengekal dan menyemarakkan semangat ahli-ahli yang ada maka program jangka pendek juga akan diaturkan melalui penubuhan biro-biro.

Dalam perbincangan Jawatankuasa Sembang Santai pada 26 April telah ada persetujuan untuk disediakan shuttle dari Stesyen Tren Komuter Batu Caves ke lokasi perjumpaan. Kepada sesiapa yang memerlukan khidmat shuttle (kenderaan) itu bolehlah menghubungi Setiausaha atau Pengerusi.

Kita bersembang, bermesra sambil menjamu selera.
DATANG JANGAN TAK DATANG

2 comments: