5 May 2012

cetusan idea



SEJARAH PENUBUHAN JAWATANKUASA PENAJA
SAYONG LEMBAH GRUP

Pertemuan Saudara Kamal Ariffin Kamaruzzaman, Chear Nasir Jepun dan Nosa Iskandar pada awal bulan April telah menyebabkan suatu cetusan idea untuk menjadikan Sayong Lembah Grup sebagai suatu platform mengumpulkan semua anak-anak jati Kampung Sayong Lembah, Kuala Kangsar serta kaum keluarga mereka.

Idea ini telah menjadi pemangkin kepada suatu pertemuan 6 orang anak jati Sayong Lembah di Prima Seri Gombak pada 8 April 2012. Sembang Santai yang diadakan di Restoran Taqwa itu yang dihadiri oleh Kamal Ariffin Kamaruzaman, Raduan Norudin, Kamaruddin Nordin (Laksa Kuala), Ahmad Zaini Kamaruzzaman, Nosa Iskandar (Zaini) dan Khairol Salam Mohd Sala'am itu telah menjadi asas kepada perjumpaan di Restoran Taman Tasik Shah Alam pada 15 Aptil 2012, yang dihadiri oleh 20 orang anak jati SL termasuk beberapa orang dari mereka yang membawa isteri dan suami masing-masing.

Pertemuan itu bukan sahaja menjadi pertemuan biasa. Ianya banyak mencetus cerita-cerita lagenda serta nostalgia. Dan yang paling indah ada diantara yang hadir sudah tak kenal antara satu sama lain walaupun sewaktu di kampung mereka berjiran malah ada pula yang 'ada cerita sesama mereka' sewaktu di kampung dulu. Tetapi oleh kerana ada tanggungjawab dan tugas masing-masing, ditempat-tempat yang berlainan pula maka jarak waktu dan tempat telah memisahkan mereka.

Itulah indahnya dan manafaatnya pertemuan seperti itu.... yang jauh didekatkan, yang tak kenal, dikenalkan, yang dulunya pernah bersama ditemukan semula. Tidak ada kata lain yang dapat diucapkan melainkan kesyukuran dan kegembiraan semata. Itulah juga harapan 6 orang pengasas pertemuan itu.

Menyedari akan kebaikan yang begitu terserlah. Ditambah pula dengan tujuan dan matlamat untuk penyatuan semua anak jati Sayong Lembah yang disediakan oleh pengasas-pengasas maka akhirnya sebuah Jawatan- kuasa Penaja telah di persetujui untuk ditubuhkan sebagai langkah awal penubuhan sebuah organisasi yang akan menggalas tujuan dan matlamat yang telah dibincang bersama.

Dan dalam penubuhan Jawatankuasa Penaja, tentu sahaja peranan dari Facebook dengan penubuhan Sayong Lembah Grup (SLG) didalamnya tidak boleh ditolak atau diketepikan begitu saja. SLG yang diterajui oleh 6 anak muda sebagai admin telah menjadi tempat berhubung anak-anak Sayong Lembah. 

Dan dalam blog ini juga akan dipaparkan sejarah penubuhan SLG itu.  Tanpa SLG tak mungkin kita semua dapat disatukan untuk bersama di sini

No comments:

Post a Comment