5 May 2012

berita terkini


DALIMAWATI TERUJA

Seramai 32 orang telah hadir dalam perjumpaan Santai Mesra di rumah Ahmad Zaini Kamaruzzaman di Taman Desa Indah, Batu Caves pada 1 Mei 2012 yang lalu...    Dari jumlah itu seramai 14 orang telah mengisi borang keahlian yang turut diedarkan dalam majlis itu. Kutipan dana juga terus dibuat dimana sebanyak RM270.00 telah dapat dipungut pada hari tersebut. 
  Turut hadir adalah pelakun Dalimawati Ismail dan beliau juga telah menjadi ahli. Insyaallah pertemuan akan datang akan di buat dirumah beliau di Pucong. Ini dinyatakan sendiri oleh Dalimawati semasa beliau  memberikan ucapan. Dan pelakun yang popular dengan watak Kak Limah ini amat teruja dapat berjumpa anak-anak jati Sayong Lembah dan beberapa orang saudara dekatnya sendiri.


YOB DERI ABDUL RAHMAN
YOB DERIH PUN DATANG

Kehadiran Yob Derih Abdul Rahman dari kampung juga menjadikan majlis SANTAI MESRA ini lebih bermakna kerana sekurang-kurangnya ada wakil dari kampung menjadi saksi betapa anak-anak rantau Sayong Lembah mempunyai kesungguhan untuk menubuhkan sebuah persatuan untuk membela dan memperjuangkan masa depan kampung yang tercinta itu. 
 
         Semoga Yob Derih akan dapat membawa cerita kesungguhan kita ke kampung dan yang penting ada diantara yang hadir dah lama tak jumpa dengan yob kita ni... tapi Yob Derih masih saperti dulu, yang berbeza hanya yang putih ateh kepala lebih nampak terserlah dan takde warna hitam lagi dah... Semoga yob kita ni akan terus sehat wal'afiat.




Dari Kiri: Alkhusairi, Zainuddin Mat Yatim
dan Tajuddin Abdul Rahman
PERANTAU YANG MASIH INGATKAN DESA TERCINTA

Alkhusairy Mohd Nor telah meninggalkan kampung sekitar awal 70'an. Sekarang ni kahwin dengan sabahan dan tinggal di Tambunan, Sabah.

       Dah lama bebenor tak balik-balik ke kampung. Zaman teman jadi Pengerusi Belia dulu teman rekomen dia pergi Kursus di Pusat Latihan Belia Negara Dusun Tua..... Lepeh tu masuk pulak Kursus Pertanian di Lekir. Lepas tu dia pun  pergi ke Sabah dan teruih tak balik-balik lagi.
       Sekarang ni aktif membuat posting dan komen di Sayong Lembah Grup. Rasanya dah rindukan kampung le tu... Itu sebab dia selalu sangat malah kadang-kadang hari-hari ada aje dia kat FB tu.... sebenornya teman pun dah rindu bebenor dengan Shery ni. Maklumlah kalau di kampung dulu keme le yang jadi Majnun... yang jadi Lela tu tau-tau aje le...
Semoga sebelum teman 'menutup mata' harap-harap dapat le berjumpa dengan sahabat yang satu ni. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri... kan ke negeri sendiri juga yang terbaik..... Sebab musabab mengapa dia merajuk sampei ke Sabah tu tuhan aje yang tau.. macam teman juga dulu,, merantau hampir ke seluruh negara akhirnya kerinduan kepada desa tercinta tu tak terbendung juga. Kiriman Noorddin Salleh, Gombak Kuala Lumpur.






masshead dah ada... ni tunggu sape2 boleh buatkan logo untuk persatuan kita ni..

No comments:

Post a Comment