12 May 2012

borang ahli


Kepada Anak Jati Sayong Lembah yang berada dirantauan
 sila download borang ini, 
lengkapkan dan email ke azaini313@gmail.com

Dalam tempoh kurang dari sebulan anda yang diterima menjadi ahli 
akan menerima KAD KEAHLIAN ini



9 May 2012

cipta nama

HASHIM YASSIN @ZAID MENCIPTA NAMA 
DI DUNIA TEATER

HASHIM YASSIN
Lahir : 4 Disember 1940, di Sayong Lembah, Kuala Kangsar Perak.
MENINGGAL  : 2 Oktober 1991

SEBUAH drama klasik yang berjudul “Citrawirama Langkasuka” telah dipentaskan oleh Grup Estetika, Universiti Utara Malaysia sempena Persidangan Dialog Utara V pada 28 April 1991 di Dewan Sultan Abdul Halim Alor Setar.  Persoalan yang dipaparkan adalah tentang kedatangan agama Islam di negeri Kedah Darul Aman.  Penulisnya menggunakan teknik imbas muka dengan bantuan gerak cahaya dan bunyi.  Drama ini menggambarkan zaman kekufuran dan salasilah raja-raja di utara Tanah Melayu.  Skrip drama tersebut ditulis oleh Hashim Yassin, suatu nama yang tidak asing lagi dalam perkembangan drama moden Malaysia. Inilah karya terakhirnya, sebelum kembali menemui-Nya.
Sebelum ini, pada tahun 1977, drama Hashim yang berjudul “Paku Alam” yang memenangi Pesta Drama Kebangsaan dianggap oleh beberapa peneliti drama pentas sebagai karya sastera yang istimewa dengan kehadiran watak-watak sastera lama dalam drama moden.  Pada tahun 1982 pula dramanya, “Imbas” yang juga memenangi Pesta Drama Malaysia telah meraih Trofi Seri Panggung untuk kategori penerbit, penyunting dan pereka set terbaik pada Malam Seri Angkasa RTM, Disember 1983.  Kemuncaknya drama ini memenangi Hadiah Sastera Malaysia 1982/1983.  Pada 1 Oktober 1991, sehari sebelum Hashim menghembuskan nafas terakhirnya, “Imbas” dipentaskan semula oleh Kumpulan Teater Alor Star (Kumtas) sempena Pekan Teater peringkat negeri Kedah.
Hashim menceburkan diri dalam bidang penulisan drama pada tahun 1957.  Minat awalnya tumbuh semasa beliau bersekolah Inggeris. Sebagai calon peperiksaan Senior Cambridge, para pelajar dikehendaki menghafal satu babak daripada teater Shakespeare berjudul “Macbeth” sebagai syarat untuk lulus mata pelajaran Kesusasteraan.  Beliau juga terlibat dalam persembahan sandiwara sekolah yang memaksa pelakonnya mencipta dialog secara spontan semasa berlakon.  Pengalaman ini semua banyak membantu beliau, malahan merupakan latihan awal bagi Hashim dalam menghasilkan skrip drama kemudiannya.  Skrip drama Hashim yang pertama ialah “Hot News”, drama komedi yang ditulis semasa beliau aktif dalam Kelab Teater Inggeris/Melayu.
Di samping minat sendiri yang bercambah di sanubarinya, Hashim mengakui bahawa dorongan juga telah diberikan oleh gurunya yang berbangsa Inggeris, serta dua orang tokoh sasterawan tanah air, Awang Had Salleh (Tan Sri) dan Noordin Hassan (Dato’).  Galakan juga datang daripada ketua kampungnya, Abdullah Sani yang memimpin Kelab Teater Bacaan Sayong Lembah.
Semasa berada di kampung iaitu sekitar tahun 1957 hingga 1959, Hashim bergiat dalam kelab teater ini.  Kelab ini sering mengadakan persembahan sandiwara sebagai satu kegiatan hiburan untuk penduduk-penduduk kampung.  Begitu juga ketika menuntut di maktab perguruan, Hashim sering mengambil bahagian sebagai pengarah dan pelakon dalam persembahan drama.  Di maktab juga beliau mula mempelajari ilmu sastera.  Bagi mendalami pengetahuan dalam bidang drama, Hashim pernah mengikuti Kursus Audio Visual di British Institute of Career (BK) di Australia.
Kegiatan teater Hashim mula menonjol pada sekitar tahun 1960-an dan untuk pertama kali beliau mementaskan “Megat Terawis” dan “Di Ambang Sore” di Pesta Kesenian Pulau Pinang.  Pada tahun 1963, beliau mementaskan pula “Panca Media” sempena Kongres Guru-guru Malaysia di Alor Setar.
Selepas itu, Hashim menempah kejayaan demi kejayaan dan pada tahun 1964 hingga 1990, sekurang-kurangnya beliau berjaya menghasilkan dua buah drama dalam setahun.  Karya Hashim sering memenangi hadiah, antaranya  pada tahun 1965, drama, “Sasau” memenangi Hadiah Drama Terbaik daerah Alor Setar.  Kemudian dalam Pesta Drama Kebangsaan anjuran Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan 1974, drama Hashim yang berjudul “Inflakasta” memenangi Hadiah Teknik Terbaik.  Setahun kemudian, pada tahun 1975, dramanya “Dalang” menjadi johan dalam Pesta Drama Kebangsaan.  Tahun berikutnya, iaitu pada tahun 1976, “Joget Gelombang Beralun” mendapat hadiah penghargaan Pesta Drama Kebangsaan 1976.
Anak kedua daripada lima beradik, empat orang lelaki dan seorang perempuan ini menerima pendidikan awalnya di Sekolah Melayu Lasah.  Di sekolah inilah bapanya bertugas sebagai guru besar.  Kemudian Hashim melanjutkan pelajaran di Sekolah Clifford, Kuala Kangsar dari tahun 1958 hingga 1961.  Tamat sahaja persekolahan, beliau terus mengikuti latihan perguruan di Maktab Harian Alor Setar, iaitu dari tahun 1962 hingga 1963.  Setelah lulus latihan, beliau ditugaskan mengajar di bandar yang sama.  Akhirnya, jawatan ini terpaksa dilepaskan pada tahun 1984 kerana Hashim diterima bertugas di Universiti Utara Malaysia sebagai pegawai kebudayaan.
Dalam berkarya, Hashim mempunyai pegangan bahawa penulis drama adalah penyampai perutusan kepada pembaca.  Sebaris perkataan yang ditulis akan membina sebuah tamadun pada masa hadapan.  Visi dan misi perkembangan pemikiran manusia terletak pada pena pengarang.  Demikian yang dinyatakan oleh Hashim dalam buku Jambak 2.
Sebagai penulis yang prihatin terhadap perkembangan sastera semasa, Hashim aktif berpersatuan.  Beliau diangkat sebagai pemimpin beberapa persatuan, antaranya ialah Majlis Teater Sekolah-sekolah Kedah, Kumpulan Artis Utara (KAU), Kumpulan Teater Alor Setar dan Lembaga Pengurus Majlis Kebudayaan Negeri Kedah.  Atas jasa dan kesungguhannya mencipta dan mempertingkatkan mutu sastera khususnya drama, Hashim dianugerahi Pingat Cemerlang Kedah (PCK) oleh Kerajaan Kedah dan Pingat Pangkuan Negara (PPN) daripada Kerajaan Malaysia. 

Sumber: http://dbp.gov.my/lamandbp/main.php?Content=articles&ArticleID=886&IID=

------------------------------------------------------------------------------------------------------------
R@DUAN NORUDIN RN yang ku kenal
oleh Nosa Iskandar

Walaupun secara peribadi saya baru kenal dengan figura yang bernama Raduan Norudin RN ini tetapi saya amat kagum akan keupayaan dan daya kreativiifnya dalam menghasilkan karya-karya yang sungguh nostalgik dan semasa juga. Orangnya nampak cukup sederhana dalam pergaulan seharian...berjanggut, berkopiah dan tutur bahasanya amat santun sekali.
   Raduan walaupun berasal dari kampung yang sama dengan saya tetapi perkenalan kami baru bermula setelah saya berusia senja dan beliau sendiri sudah punyai 4 orang anak. Masa di kampung dulu saya tak pernah ingat adakah kami pernah bertemu dimana-mana. Dan baru kini juga saya tahu ayahandanya adalah seorang yang cukup saya kenal sewaktu ayahandanya itu masih ada.
   Bercerita tentang ayahandanya, beliau itu adalah pemandu bot penambang yang cukup serius roman mukanya. Dia macam pelakun Shariff Dol 'samseng kampung dusun' dalam filem Bujang Lapuk arahan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. Tapi ayahanda Raduan ini cukup pendiam orangnya..... dan sesekali dia akan melawak juga. Itulah karektor yang masih dapat saya ingat tentang ayahanda Raduan yang lebih dikenali dengan panggilan Zon bot semasa hayatnya.
      Bercerita tentang karya Raduan, sempat saya lihat ianya adalah berpaksikan suasana disekeling kita. Ada yang nostalgik dan semasa dan lebih mirip kepada apa yang dapat katakan dalam bahasa saya sendiri sebagai modern art. Entah apa yang diistilahkan oleh Raduan dan pelukis sepertinya saya tak tau. Dan biasanya disetiap lukisan yang dihasilkan ada saja mesej disebaliknya. Itulah kekuatan Raduan dengan hasil-hasil karyanya. Luahan hatinya tidak setakat biasa-biasa sahaja ada juga kelihatan berontak dan gelodak hatinya yang ditumpahkannya lewat hasil karyanya. Seperti karyanya 'Penjual Injin' nampak keras mengkritik Menteri Pertahanan atas isu kehilangan injin helikopter yang pernah satu ketika heboh diperkatakan.
      Dan lukisan yang paling saya suka adalah karyanya yang saya namakan sebagai 'Bot Penambang'. Bot Penambang adalah hasilkarya yang nostalgik bagi kami di kampung Sayong Lembah, kampung kelahiran Raduan yang juga menjadi kampung saya membesar.
Bot Penambang karya Raduan Norudin RN
Bot itu jugalah yang menjadi kenaikan saya dan rakan sebaya yang bersekolah di SMR Raja Muda Musa Jalan Kenas . Masa tu SM Sayong tak dibina lagi. Semua murid-murid di seberang sana akan bersekolah dibeberapa buah sekolah di bandar Kuala Kangsar.
     Itulah secebis kisah disebalik kehidupan saya dan Raduan dan Raduan telah mengabadikannya dalam sebuah lukisan yang ternyata amat nostalgik dan menyentuh hati saya dan ramai lagi penduduk kampung yang turut berbangga dengan bakat yang ada pada seniman yang telah mencipta nama dengan hasil-hasil karyanya. Dan saya sungguh rasa bertuah kerana dapat mengenali Raduan sebelum saya menutup mata.
    Saya meneliti satu persatu hasilkarya beliau dalam blognya. Blog yang memuatkan hasilseninya itu dinamakan 'www.suteramalaya.blogspot.com' juga bercerita tentang kerjaya dan aktiviti-aktiviti seninya.
    Beliau juga menjadi orang penting dalam kerjayanya di RTM. Dan pada waktu lapang dia akan melakarkan dinding-dinding di sekitar Ibukota dan beberapa tempat lain dengan aktivitinya yang beliau namakan sebagai 'Graviti', Melalui lakaran-lakaran itulah antara tempat Raduan meluahkan rasa hatinya.
       Raduan juga pernah terlibat dalam pembikinan sebuah drama popular RTM iaitu KELONG KASIH karya Badrul Amir Mat Isa  sebagai pelukis set (Lihat  http://kelongkasih.blogspot.com/ ).
Raduan Menyiapkan Lakaran Set Kelong Kasih

DYMM Sultan Johor sedang berkata sesuatu kepada Raduan semasa baginda
mencemar duli mengunjungi Pameran Endau Rompin yang disertai Raduan
Kelihatan Raduan sedang bekerja keras menyiapkan lakaran dindingnya



http://suteramalaya.blogspot.com/
http://kelongkasih.blogspot.com/

bisnes

TAWARAN PERCUMA
Sekiranya anda berniaga...
Disni tempat untuk mempromosikan bisnes anda.
Buat permulaan ini admin meyediakan 

ruang promosi ini secara PERCUMA.
Sila Email bahan-bahan, artikel atau iklan anda
ke Email: Azaini313@gmail.com

Tawaran ini sah sehingga 15 Julai 2012




Dengan modal serendah RM100 anda akan dapat 
PORTAL IKLAN 
yang membolehkan anda memasarkan 
apa saja produk-produk anda
disamping anda juga berpeluang 
menjana pendapatan
lima angka dengan mudah dan hari-hari 
duit akan masuk ke Akaun Anda melalui 
program affiliate yang disediakan
MUDAH, CEPAT & LUMAYAN



Dilancarkan pada 12 Jun 2012
Jadilah yang terawal

NAK TAU BAGAIMANA ?







karya kreatif



Lukisan oleh
RADUAN NORUDIN RN


8 May 2012

berita rakan-rakan sekampung

Sdra. Ramli Ahmad akan mengahwinkan anaknya pada 9hb. Jun akan datang ini. Untuk lebih jelas silalah ke link ini. https://www.facebook.com/events/375558612485652/
------------------------------------------------------------------------------------------------------------


5 May 2012

direktori ahli



001/2012
Kamal Ariffin Kamaruzzaman
Tel: 012-2247274
Email:
Tinggal di: Taman Samudra Batu Cave
Gombak 68100 Selangor
Isteri:
Anak:
Pengurus: OYL Manufacturing Sdn. Bhf.


002/2012
RADUAN BIN NORUDIN 
Tel:013-5076493 / 03-22887424
Email: raduan@rtm.gov.com
Pekerjaan: Tim. Pengarah Set Berita TV RTM
Pengenalan: Anak Pak Zon bot
Tinggal di: 13-3-14 Apartment Bustan
Shamelin Perkasa Kuala Lumpur
Nama Isteri: Aslinda bintio Samat
Anak: 4 (1 L 3P)

003/2012
AHMAD ZAINI BIN KAMARUZZAMAN
Tel: 016-2510273 / 03-20569309
Emai:  madzaini@bharian.com.my
Pekerjaan: Ketua Editor
Pengenalan: Anak Pak Ngah Zam
No. 5 Jalan Nenas Manis, Taman Desa Indah,
Kampung Sungai Kertas, 68100 Batu Caves,
Nama Isteri: Rozila Saibi
Anak: 4 (2L 2P)

004/2012
KAMARUDDIN NOORDIN
Tel: 019-3085727 / 016-2493787
Email: kamaruddinnoordin@yahoo.com
Waris Keluarga Lembang
A-G-28 Blok Palas Apt. Las Palmas,
Jalan Desa Ria, Bandar Country Homes
Rawang 48000 Selangor.
Isteri: Petri Robiah Megat Jamaludin
Anak: 3 (1L 2P)
                                 
008/2012
MOHD KHAIR BIN BUYONG
Tel:: 016-3696822 / 03-41498444
Email: mkhair8@yahoo.com
Pengenalan: Anak Buyong dan Non Yang Baki
Tinggal di: No. 14 Jalan Kricoberil 7/20
Seksyen 7, Shah Alam
Nama Isteri: Manja binti Abdullah
Anak: 4 (3 L 1 P)
005/2012
NOORDDIN BIN PANDAK SALLEH (150312)
Tel: 010-7888313 / 010-5395545
Email: dinsallehiskandar53@gmail.com
Pengenalan: Anak Wan Endun Penghulu Maidin
Tinggal di Simpang 3, Greenwood, Batu Caves,
Gombak, Selangor.
Nama Isteri: Tengku Sabariah binti Tengku Saleh
Anak: 7 (5L 2P)
Bersara

006/2012
KHAIROL SALAM BIN MOHD SOLA'AM
Tel: 012-2292166
Email: Salambiz@yahoo.com
56 Kampung Sayong Lembah
33040 Kuala Kangsar
Pekerjaan: Berniaga
Masih Bujang



007/2012
FAIRUS ABDUL HALIM
Tel:  012 -6644036 Email: arisha_coco07@yahoo.com
Tinggal di No. 2 Jalan Melor,
Kampung Raja Uda, 42000 Pelabuhan Kelang.
Suami: Anuar bin Piee
Anak: 3 (2L 1P)
Surirumah


009/2012
KHADIJAH BINTI BUYONG 
Tel: 013-3622194 / 03-26947566 ex 2758
Email: khadijahbuyong@yahoo.com
No. 2170 Jalan 3/3 Bandar Baru Sungai Buloh,
Sungai Buloh 47000
Suami: Khairuddin Mohd Hadzri
Anak: 4 ( 1L 3P)
Juru Analisa Sistem


010/2012
AZIZI MAT JOHOR
Tel: 012-6726085
Email: Azizi_harith@yahoo.com
23 Jalan Semarak 27/2
Bukit Beruntung 48300 Rawang Selangor
Isteri: Norhamin Abdul Karim
Anak: 2 (2L)
Produa


011/2012
MOHD GHAZALI IBRAHIM
Tel: 019-2045181 / 03-7803999
Email: mghazaliibrahim@yahoo.com*
A-I-10 Flat Kos Rendah, Jalan 1/2
Bandar Bukit Pucong 47100 Pucong
Isteri: Norma Hashim
Anak: 5 (3L 2P)
Pegawai Keselamatan


012/2012
ZULKIFLI BIN DIN
Tel: 012-2478479 / 03-55443596 (P)
Email: DJ04MS_1980@yahoo.com
16 Jalan SP 8/23 Bandar Saujana Putra
42610 Jenjarom Kuala Langat Selangor
Isteri: Zurina binti Hassan
Anak: 1 (1L )
Pembantu Operasi (UiTM Shah Alam.


013/2012
NASIRUDDIN BIN DIN
Tel: 012-2842953
Email: mpukuchaer3@yahoo.com
Kampung Changkat, Gombak,
53100 Kuala Lumpur
Isteri: Masria Mahmud
Anak: 4 (3L 1P)
Kerja Sendiri


014/2012
JOHARI BIN OSMAN
Tel: 016-6140655
Email: jojoe05@yahoo.com
Blok 12B1-T03-405, Fasa 12,
Presint 9, 62250 Putrajaya.
Isteri: Julina Shafei
Anak: 2 (0L 2P)
Pegawai JPN


015/2012
MOHD ASRUL BIN MOHD SUFIAN
Tel: 017-4915560
Email: Asrulsufian@yahoo.com
12 Jalan 1/2 Seksyen 28
40000 Shah Alam
Masih Bujang
Welder



016/2012
ZAMAHURI JAZULI
Tel: 019-4234007
Email: zaman_jz@yahoo.com
12 Jalan 1/2 Seksyen 28
4000 Shah Alam
Masih Bujang
Pemandu



017/2012
RUSLAN BIN ZAINUDDIN
Tel: 012-2243180
Email: Ruslanzainuddin@gmail.com
D-14-16 Kampung Muhibbah,
Jalan Pucong 58200 Kuala Lumpur
Isteri: Noorshakila
Anak: 1 (L)
Penyelia


018/2012
MAZNAH BINTI TAMBI
Tel: 0133878856
Email: Maznahrashid@gmail.com*
No. 2 Jalan Kelang Perdana 3
Taman Kelang Perdana 41400 Kelang
Suami: Abdul Rashid Mohd Desa
Anak: 4 (2L 2P)
Pembantu Pendaftaran 22 (JPN)

019/2012
ABDUL RASHID MOHD DESA
Tel: 013-3955509
No. 2 Jalan Kelang Perdana 3
Taman Kelang Perdana
41400 Kelang
Isteri: Maznah Tambi
Anak: 4 (2L 2P)
Pesara
Ahli Bersekutu

020/2012
DALIMAWATI ISMAIL
Tel: 0182631099
Email: dellii_2008@yahoo.com
No. 17 Jalan Indah 3/5 Puchong Indah
52800 Puchong Kuala Lumpur
Ibu Tunggal
Pelakun



021/2012
MOHD AIDIL AZHAR MOHD HANIFAH
Nama FB: Daa Jepun
Tel: 014-2674175
Email:
8704 Jalan Nakhoda Kanan 2
Kampung Nakhoda, 68100 Batu Caves
Selangor
Bekerja di DBKL


025/2012
KHUZAIMAH MOHD HANIFIAH
Tel: 012-3304399
Email:
8704, Jalan Nakhoda Kanan 2
Kampung Nakhoda, Batu Caves,
68100 Selangor.
Masih Bujang

026/2012
MANJA BINTI ABDULLAH
Tel: 019-2079515
Email:
Tinggal di: No. 14 Jalan Kricoberil 7/20
Seksyen 7, Shah Alam
Suami: Mohd Khair Buyong
Anak: 4 (3 L 1 P)
Surirumah
Ahli Bersekutu

027/2012
ROSLAND ABDUL ABD RASHID
Tel: 019-2822767 / 012-6921607 / 03-21812737
Email: rosland@kopetro.com.my
B-1-18 Sri Penara, Bandar Tasik Permaisuri,
56000 Kuala Lumpur
Isteri: Norliza binti Yusof
Anak: 2 ( 1L 1P
Kerani di Koperasi Petronas

028/2012
NOORSHAKILA BINTI HASHIM
Tel: 012-3351650
Email: Shakilahashim@gmail.com
D-14-16 Kampung Muhibbah,
Jalan Pucong 58200 Kuala Lumpur
Isteri: Noorshakila
Anak: 1 (L)
Guru


029/2012
AMIL YUSOFF BIN REE
Tel: 013-2066004
Email: amilyusoff@yahoo.com
C-3-20 Block C Appartment Anggerik
Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung,
48800 Rawang, Selangor
Isteri: Dina Arzura bt. Mohamed Noh
Anak: 4 (3L 1P)
Pemandu

030/2012
KALTHOM ZAWIYAH A.KUSHAIRI
Tel:
Email: kalthum@airpelec.com
No. T0-10 Pinggiran Batu Caves
Batu Caves 68100 Selangor





031/2012
MOHD SHARBI BIN KAMARUZZAMAN
Tel: 016-9037121
Email: mohdsharbi67@yahoo.com
183 Jalan Batu Geliga,
Taman Melewar, Batu Caves,
68100 Selangor
Isteri: Norhan Natrah bt. Mohd Salleh
Anak: 5 (2L 3P)
Kerani


031/2012
ROSMAWAR BINTI KAMARUZZAMAN
Tel: 019-8882780 / 09-8730253
Email: roses_mawar62@yahoo.com
C33 Perumahan Ladang Rakyat Terengganu
Peringkat 4, Bandar Cheneh Baru, Kemaman
24000 Terengganu
Suami: Matan Ibrahim bin Ahmad Badardin
Guru


022/2012
NORIAH BINTI DIN
Tel: 019-2195158 / 03-21664241
Email: norsham70@gmail.com
Lot 4704 Jalan Sungai Tua Baru
Kampung Mahkota. 68100 Selangor
Suami: Hishamudin Ibrahim
Kerani



034/2012
ALKHUSAIRY HJ MOHD NOR
Tel: 013-8965908 / 087-7794911 
Email: alkhushairy@gmail.com
Kampung Katagayan Toboh
Peti Surat 170, 89657 Tambunan, Sabah
Isteri: Loimi @Taimi bt. Sampuna @Nur Salina Abdullah
Anak: 5 (3L  2P) Anak Angkat: 2 (1L  1P) Cucu: 10 (6L  4P) 
Pesara / Pesawah


035/2012
WABARIAH MAT JOHOR
Tel: 012-3777551
Email: wabarriah.johor@perkeso.gov.my
Pengenalan: Anak Hj Johor @ Hj Sharin
No 12 Jalan TU 35 Taman Tasik Utama 
75450 Ayer Keroh Melaka
Suami: Mazridzuan bin Mohamad
Anak: 4 (2L 2P)
Kerani Kanan

036/20120
AHMAD ZANUKI BIN DIN
Tel: 017-6823983 / 03-77268777 ext 7071
Email:zanuki@ntv7.com.my
No. 5 Jalan SP 5/3 
Seri Pristana Sungai Buloh,
Selangor DE.
Isteri: Nurul Hayati binti Nik Saad
Anak: 3 (Lelaki 3) Perempuan 0)
Jawatan: Produksi NTV7

037/2012
NOOR ZAMILAH ZAM HASRY
Tel: 012-5987996
Email: noor_vroom@yahoo.com
No. 38 Jalan Bunga Raya 12,
Taman Bunga Raya,33000 Kuala Kangsar
Suami: AHMAD LATIF MOHD YAAKUP
Anak: 4 (3 L  1P)
Surirumah


039/2012
ABDULLAH ZAIRI BIN DIN
Tel: 019-5085454 / Pejaabat: 05-5334803
Email: chor_sayong@yahoo.com
13 Persiaran Desajaya 9 Taman Sri Tanjung
31150 Tanjong Rambutan,, Perak DR

Isteri: Maznah bt. Haji Abdullah Kamar
Anak: 3 ( Lelaki: 1  Perempuan: 2)
Tentera
038/2012
KAMARUL SALWA
AMIRUL MUJIB BIN AMIR NORDIN
024/2012
HISHAMUDDIN IBRAHIM
030/2012
KALTHOM ZAWIYAH A.KUSHAIRI
033/2012
AMINAH SHAM MOHAMAD